Tuesday, August 31, 2010

PEKA YATIM

Semalam, sekumpaulan pelajar SMKRP yang terdiri dari ahli majlis perwakilan pelajar bersama dengan 3 oarang guru telah mengadakan program amal dan iftar (berbuka puasa) bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan.

tujuan program adalah untuk memberi kesedaran dan mencari titik persamaan antara kami dengan penghuni-penghuni di sana.

seperti mana yang disebut dalam ucapan,  penghuni di situ mempunyai kekurangan dari beberapa sudut.Kami, warga SMKRP juga mempunyai beberapa kelemahan dari sudut tertentu, mungkin . begitu juga dengan kelebihan... mereka, penghuni PEKA YATIM tentu sekali mempunyai kelebihan dan kami mempunyai kelebihan kami sendiri.

pemergian kami kesana bukan untuk menonjolkan kelebihan kami atau mencari kelemahan pihak satu lagi.
tapi pemergian kami ke sana adalah bertujuan untuk memcari titik persamaan. kekurangan kami ditampung oleh kelebihan mereka dan kekuragan mereka boleh ditimbus oleh kelebihan kami.
 mencari titik persamaan adalah penting. penting kerana titik inilah nanti yang akan membawa kesamaan dan penyatuan.
hanya dengan mengenal pasti dan memahami titik persamaan maka kita akan dapat bersatu.
ketepikan titik perbezaan kerana titik perbezaan inilah yang akan membawa perpecahan dan akan wujudnya bibit- bibit kebencian.

Terima kasih kepada semua pihak ya g  terlibat, dermawan yang menyumbang baik segi tenaga dan material serta wang ringgit.
Pada cikgu Zuraini.... dan anak-anaknya yang kerlihatan amat ramai pada hari itu, cikgu Mimi serta keluarga.
moga anak-anak akan insaf. moga dapat membayangkan bagaiamana jika papanya tiada suatu hari nanti

apapun... TQ VM tuk YBrs. Tuan Pengetua, TN. HJ. ABDULLAH BIN YAAKOB. He sure support us A LOT..... Thank you Tuan.


SELAMAT HARI MERDEKA.

Menjana Tranformasi Pendidikan keutamaan RANTAUAN.............

No comments:

Post a Comment